Kelas Ms Word (Mengedit gambar & Menaip karangan)

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 18 Mei 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 1.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu mengenal dan mempraktikkan setiap button yang ada di word serta mengetahui penggunaan asas Ms Word dalam memudahkan tugasan yang berkaitan.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara memasukkan gambar secara online menggunakan button “insert”. Kemudian peserta diajar cara mengedit gambar di Ms Word iaitu cara memasukkan bingkai, crop gambar (kecilkan saiz gambar) dan menukar warna gambar menggunakan button “format”. Akhir sekali, petugas meminta peserta menulis dan menaip karangan berkaitan gambar yang dipilih.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali